Pembantu kedai dobi rugi RM23,900 - Utusan Malaysia

Pembantu kedai dobi rugi RM23,900

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang pembantu kedai dobi mengalami kerugian sebanyak RM23,900 selepas terpedaya dengan panggilan seorang individu menyamar sebagai kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kedah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket/Siber) Kedah, Deputi Superintenden Mohd. Ridzuan Nor Ihsan berkata, mangsa berusia 23 tahun itu dimaklumkan kononnya namanya telah disalah guna untuk pendaftaran syarikat serta mempunyai tunggakan cukai.

“Mangsa kemudian disambungkan kepada seorang lagi individu menyamar sebagai pihak polis yang meminta mangsa membuat laporan polis untuk menafikan tentang salah guna nama tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa juga diarahkan membuat aduan dengan Bank Negara untuk perlindungan akaun bank.

“Mangsa yang terpedaya telah menyerahkan maklumat perbankan seperti kata laluan, maklumat identiti (ID) pengguna, nombor kad mesin pengeluaran automatik (ATM) serta nombor kod kebenaran transaksi (TAC) kepada sindiket berkenaan,” ujarnya.

Tambahnya, penipuan tersebut disedari mangsa setelah dia membuat semakan akaun dan mendapati wang sebanyak RM23,900 telah tiada. 

“Mangsa membuat laporan polis di Balai Hi Tech Kulim pada semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN