Pantai Seberang Takir dicemari longgokan botol arak - Utusan Malaysia

Pantai Seberang Takir dicemari longgokan botol arak

MOHD. Nazrul Mamat (tengah) memegang botol-botol arak yang ditinggalkan di Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Keindahan Pantai Seberang Takir atau Pantai Miami di sini dicemari dengan longgokan botol minuman keras pelbagai jenama yang dibuang di kawasan itu.

 

Kesemua 14 botol arak berkenaan dipercayai sengaja ditinggalkan individu tidak bertanggungjawab sebelum ditemukan kumpulan pemancing kira-kira pukul 7 pagi.

 

Seorang penduduk, Mohd. Nazrul Mamat, 33, berkata, keadaan tersebut menimbulkan kemarahan masyarakat setempat sekali gus berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat memantau aktiviti tidak sihat di lokasi tumpuan ramai itu.

 

“Kita percaya aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan pada waktu malam, berkemungkinan kerana kurang pemantauan daripada pihak berkuasa hingga ada individu yang berani minum arak di tempat awam.

 

“Sekiranya tidak dibendung, pelbagai masalah boleh tercetus seperti memandu dalam keadaan mabuk, pergaduhan dan masalah sosial lain,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

 

Bagi Muhammad Khairul Niezam Zakari, 21, kejadian seumpama itu pertama kali direkodkan sekali gus dibimbangi boleh mencemarkan imej destinasi tersebut. 

 

“Kita tidak mahu nama baik Terengganu sebagai destinasi pelancongan tercemar dengan insiden ini memandang semakin ramai yang datang ke pantai ini setiap petang,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.