Nur Sajat guna kad UNHCR untuk berlindung? - Utusan Malaysia

Nur Sajat guna kad UNHCR untuk berlindung?

MUHAMMAD SAJJAD KAMARUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :Ada dakwaan bahawa usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat menggunakan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Orang Pelarian (UNHCR) untuk bersembunyi di Bangkok, Thailand.

Ini kerana, pemberian kad UNHCR boleh diberikan kepada mana-mana individu yang menjadi pelarian dari negara asal mereka kerana pencabulan hak asasi atau nyawa mereka mungkin terancam. 

Sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, dengan kad yang diperoleh, tidak mustahil selepas itu usahawan kosmetik itu melakukan permohonan untuk mendapatkan suaka di mana-mana negara ketiga untuk tinggal.

“Bagaimanapun, tiada pengesahan lanjut mengenai perkara ini,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM)  dalam usaha membawa pulang usahawan kosmetik itu.

Kata beliau, Muhammad Sajjad dikehendaki pihak berkuasa Malaysia di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.

“PDRM mengesahkan Muhammad Sajjad telah ditahan pada 8 September lal  pada pukul 6 petang oleh pihak berkuasa Thailand kerana memiliki pasport tidak sah.

“Dia kemudiannya telah dihadapkan ke Mahkamah Thailands atas kesalahan Imigresen dan dikenakan hukuman denda,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media mendedahkan Nur Sajat didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.

Nur Sajat yang kini dalam pemantauan pihak berkuasa Thailand selepas penahanannya pada 8 September lalu atas kesalahan imigresen dilaporkan sedang berusaha mendapatkan perlindungan daripada negara berkenaan.

Sumber memberitahu bahawa ketika ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand pada 8 September lalu, Nur Sajat hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya.

Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia sebelum dia kemudian UNHCR dan memaklumkan adalah seorang pelarian.

Penahanan Nur Sajat dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaannya di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

Menurut sumber media itu, usahawan terbabit ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya