LHDN jamin data, maklumat diselia mereka selamat - Utusan Malaysia

LHDN jamin data, maklumat diselia mereka selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi jaminan semua data dan maklumat yang berada dalam simpanan mereka adalah selamat.

 

LHDN menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kesemua data dan maklumat dilindungi dengan teknologi keselamatan data yang diiktiraf.

 

Menurutnya, pihaknya menafikan laporan kononnya berlaku kebocoran data seperti didakwa sebuah portal.

 

“Siasatan dalaman telah dijalankan dan mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran 

data dan maklumat seperti yang didakwa,” katanya.

 

Sebelum ini, sebuah portal mendakwa berlaku kebocoran data dipercayai diperoleh menerusi  laman sesawang Application Programming Interfaces (API) yang dibuat untuk myIDENTITY di bawah seliaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

 

Jelas LHDN lagi, pihaknya hanya merupakan pengguna dan bukannya pemilik kepada sistem myIDENTITY tersebut.

 

“LHDN kini sedang bekerjasama dengan pihak JPN dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melihat semua kemungkinan berkenaan dakwaan ini.

 

“LHDN amat kesal dengan laporan dan dakwaan berkenaan kerana ia boleh menghakis keyakinan orang ramai khususnya pembayar cukai terhadap keselamatan data dan maklumat mereka,” katanya.

 

Katanya, LHDN juga ingin menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan perkara yang tular seumpama ini dan turut tidak menolak kemungkinan ia dibuat oleh pihak yang 

tidak bertanggungjawab dengan niat untuk mengelirukan dan menipu masyarakat. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.