Lelaki ditahan bersama rokok seludup bernilai RM339,000 - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan bersama rokok seludup bernilai RM339,000

POLIS menahan seorang lelaki warga tempatan bersama rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM339,000 di sebuah premis di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga tempatan ditahan bersama sejumlah rokok seludup pelbagai jenama bernilai lebih RM339,000 dalam satu serbuan yang dijalankan terhadap sebuah premis di Jalan Dedap 36, Taman Johor Jaya, semalam.

 

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, suspek yang dipercayai bertindak sebagai penjaga premis berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 5.45 petang.

 

Menurut beliau, tangkapan dan rampasan dibuat berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar daerah ini.

 

“Dalam operasi berkenaan, polis merampas pelbagai jenis rokok seludup antaranya jenama Canyon Menthol, Dune Kings, Santara Mild, Galaxy dan Jenam Double Happiness.

 

“Turut dirampas dalam operasi berkenaaan adalah sebuah kereta Perodua Bezza, dua telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM330 manakala nilai keseluruhan barang rampasan adalah RM380,885.20,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

 

Tambah Dimin, berdasarkan siasatan awal, sindiket berkenaan dikesan telah aktif melakukan kegiatan itu selama kira-kira satu tahun.

 

“Premis tersebut dijadikan sebagai stor penyimpanan sementara rokok seludup, sebelum ia

diedarkan untuk pasaran sekitar daerah Johor Bahru,” ujarnya.

 

Katanya, tangkapan dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. 

 

“Kami menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI). Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline 07-7557280,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN