KKM, MOSTI bekerjasama hasilkan peranti, teknologi perubatan  - Utusan Malaysia

KKM, MOSTI bekerjasama hasilkan peranti, teknologi perubatan 

KHAIRY Jamaluddin (kanan) dan Adham Baba menunjukkan nota serah tugas jawatan Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di ibu pejabat CITF, Putrajaya.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menghasilkan pelbagai teknologi dan peranti perubatan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, negara amat memerlukan pelbagai peranti dan teknologi perubatan khususnya sebagai persediaan memasuki fasa endemik Covid-19 kelak.

Beliau berkata, bagi mencapai hasrat itu, MOSTI masih memerlukan usaha dan sokongan daripada KKM.

“Walaupun tugasan kita sudah bertukar tangan, tetapi, saya yakin bahawa kita akan bekerjasama rapat pada masa-masa akan datang.

“Kerjasama saya dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam menangani wabak Covid-19 tidak hanya dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sahaja,” katanya dalam Majlis Serah Terima Tugas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Ibu Pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) di sini, hari ini.

Khairy berkata, beliau yakin warga MOSTI akan memberi sokongan baik kepada Adham dalam menerajui kementerian itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, MOSTI turut berdepan tugasan berat apabila diberi peranan menghasilkan vaksin Covid-19.

“Ia (pembuatan vaksin) sangat penting untuk Malaysia kerana ia vaksin pertama untuk manusia.

“Jika ada keperluan untuk tahun-tahun mendatang, kita tidak perlu lagi berunding dan beli vaksin dari luar negara,” katanya.

Katanya, KKM akan memberi kerjasama kepada MOSTI dalam menghasilan vaksin itu berdasarkan Roadmap Pembangunan Vaksin Negara. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.