Kes positif turun bawah 20,000 - Utusan Malaysia

Kes positif turun bawah 20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 19,550 kes berbanding semalam, 21,176 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus menjadi penyumbang tertinggi iaitu 3,743 kes diikuti Selangor (2,416), Johor (2,282), Sabah (2,163), Pulau Pinang (1,865), Kedah (1,390), Perak (1,354) dan Kelantan (1,320).

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Terengganu (953), Pahang (722), Kuala Lumpur (555), Melaka (490) dan Negeri Sembilan (198).

“Perlis pula mencatatkan 73 kes dan Putrajaya, 24 kes manakala Labuan hanya dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN