Kereta masuk ke Kelantan naik 20 peratus - Utusan Malaysia

Kereta masuk ke Kelantan naik 20 peratus

SHAFIEN Mamat melawat warga emas, Siti Liah Mamat di kediamannya di Telipot, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah kenderaan masuk ke negeri ini meningkat kira-kira 20 peratus selepas kerajaan memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) terhadap sektor tertentu mulai 9 September lalu.

 

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, bagi kategori domestik atau pergerakan dalam negeri pula, jumlah kenderaan yang merentas daerah didapati meningkat hingga 50 peratus.

 

“Peningkatan terbabit berlaku ekoran semakin banyak kenderaan merentas daerah, terutama masuk ke Kota Bharu kerana kelonggaran diberikan kepada individu yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin,” katanya kepada pemberita.

 

Terdahulu, beliau meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada Siti Liah Mamat, 120,  di rumahnya di Telipot di sini hari ini.

 

Warga emas itu sebelum ini mencuri tumpuan dan pernah tular dalam media sosial kerana menjadi antara penerima vaksin Covid-19 tertua di negeri ini.

 

Dalam perkembangan lain, Shafien memberitahu, setakat ini hanya 1.12 peratus warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan tidak divaksin ekoran faktor kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

 

Kata beliau, baki 98.88 peratus lagi pula telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin masing-masing. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya