Kerajaan bina 500 ribu unit rumah mampu milik untuk B40 dan M40 - Utusan Malaysia

Kerajaan bina 500 ribu unit rumah mampu milik untuk B40 dan M40

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, kerajaan komited memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Bagi mencapai hasrat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah membina lebih daripada 282 ribu unit rumah mampu milik dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11.

“Sebanyak 500 ribu unit lagi rumah mampu milik akan dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah. Di samping itu, kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO), akan ditambah baik bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terbeban dengan bayaran ansuran,” katanya.

Bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin pula, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 2.25 bilion ringgit dalam tempoh RMK12.

“Peruntukan ini adalah untuk membina dan membaik pulih sebanyak 85 ribu 500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah, melibatkan 75 ribu unit rumah di kawasan luar bandar, dan hampir 10 ribu 500 unit rumah di kawasan bandar. Ini tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO),” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN