Kerajaan akan sedia 50 peratus dana untuk penyelidikan berpotensi - Utusan Malaysia

Kerajaan akan sedia 50 peratus dana untuk penyelidikan berpotensi

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 50 peratus daripada dana penyelidikan kerajaan akan disediakan untuk penyelidikan eksperimental yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Susulan hal itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan kerajaan telah meluluskan penubuhan pusat sehenti bagi pengkomersialan dan pemindahan teknologi serta Program NanoMalaysia Energy Storage Technology Initiative (NESTI).

Dalam usaha menyelaras aktiviti Dana Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) dan memastikan ianya bersesuaian dengan keutamaan nasional, Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) telah ditubuhkan.

“Peranan RMU adalah untuk mengurangkan pertindihan fungsi, memperkukuh kerjasama antara pihak industri, akademia dan kerajaan dalam pelbagai bidang, serta meningkatkan kecekapan dalam penggunaan sumber sedia ada.

“Selain itu, sumber pembiayaan alternatif termasuk modal teroka, pembiayaan antarabangsa dan dana endowmen akan dipertingkat.

Tambahnya, pada tahun 2025, peratusan perbelanjaan kasar R&D kepada KDNK dijangka mencapai 2.5 peratus, berbanding 1.0 peratus sahaja pada tahun 2020.

“Sektor swasta disasarkan menyumbang lebih besar dengan peningkatan dua kali ganda, iaitu mencapai 70 peratus kepada jumlah perbelanjaan R&D,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya