Jambatan lama, uzur bimbangkan penduduk - Utusan Malaysia

Jambatan lama, uzur bimbangkan penduduk

KEADAAN kerosakan di bahagian tepi jambatan di Sungai Bidor ketika tinjauan baru-baru ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Penduduk di beberapa buah kampung di sini merayu pihak berkenaan agar membaik pulih sebuah jambatan lama merentangi Sungai Bidor yang menghubungkan kampung itu ke bandar Teluk Intan di sini.

Jambatan itu yang merupakan bekas jambatan untuk laluan keretapi, semakin rosak terutama bahagian jalan tar yang berlubang,  pagar di kiri dan kanan sudah semakin reput, begitu juga bahagian yang sebelum ini digunakan untuk pejalan kaki sudah reput dengan sebahagian papannya sudah jatuh ke sungai.

Pemandangan dari bawah jamabatan yang rosak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jambatan lama itu dikatakan digunakan oleh kira-kira 3,000 pengguna yang melaluinya memandangkan jaraknya yang lebih dekat untuk ke bandar Teluk Intan dan hanya untuk pengguna kenderaan kecil seperti basikal dan motosikal.

Seorang penduduk, Sulaiman Abdul Kadir ,54, berkata, keadaan fizikal jambatan keretapi lama itu membimbangkan kerana banyak bahagian sudah rosak.

SULAIMAN ABDUL KADIR

Katanya, paling membimbangkan ialah lantai bahagian pejalan kaki di jambatan yang sudah reput sehingga ada kayu binaan jambatan itu yang jatuh ke dalam sungai.

Jelasnya, bahagian utama  iaitu tulang besi jambatan sudah mula reput dan ia jelas kelihatan jika menaiki bot ke tengah sungai.

“Jambatan ini juga gelap pada waktu malam kerana tidak dipasang lampu.

“Saya sering memancing berdekatan jambatan ini dan kadang kala nampak kayu-kayu lantai yang telah reput dan patah jatuh ke sungai.

“Jika terus dibiarkan, ini akan merbahayakan keselamatan pengguna yang melaluinya, jadi saya harap pihak yang berkenaan melihat keadaan jambatan ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Penduduk Kampung Banjar,  Ismail Harun, 59, memandangkan jambatan itu sudah lama, kerajaan diharap membina jambatan baharu yang lebih teguh.

Katanya, adalah wajar untuk pembinaan sebuah jambatan konkrit bersebelahan supaya dapat dilalui  kenderaan berat yang lain.

“Ini sudah tentu akan memudahkan perjalanan ke bandar Teluk Intan apatah lagi bandar Teluk Intan semakin sesak dengan kenderaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN