Hanya 5 ahli parlimen kerajaan hadir bahas RMK12 di Parlimen - Utusan Malaysia

Hanya 5 ahli parlimen kerajaan hadir bahas RMK12 di Parlimen

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran menteri dan timbalan menteri kerajaan yang sangat sedikit ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sejajar dengan transformasi Parlimen yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia sebelum ini.

Mencelah perbahasan ahli Parlimen Port Dickson itu, Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming meluahkan rasa kecewanya apabila tindakan majoriti ahli parlimen daripada blok kerajaan untuk tidak menghadiri sesi itu seolah-olah tidak menghormati institusi Parlimen negara.

“Memandangkan kabinet kita adalah paling besar dalam dunia iaitu 69 menteri dan timbalan menteri. Untuk Ketua Pembangkang, saya rasa adalah penting dalam aspek transformasi parlimen ini, apabila ketua pembangkang berucap, bolehkah kita tetapkan sekurang-kurangnya timbalan menteri dan menteri hadir untuk dengar perbahasan ketua pembangkang?

“Ini adalah sebahagian daripada usaha transformasi parlimen kerana ini merupakan kod etika yang cukup asas tetapi tidak dipatuhi.

“Pagi ini saya berasa sedih hari ini apabila ketua pembangkang berucap tetapi hanya lima individu di blok kerajaan. Ke mana perginya lebih 60 menteri dan timbalan menteri yang lain?

Kor Ming menuntut tindakan daripada Ketua Whip kerajaan kerana itu adalah amalan demokrasi dengan menghormati institusi raja berpelembagaan iaitu demokrasi berparlimen. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN