Adly Zahari kini Naib Presiden Amanah - Utusan Malaysia

Adly Zahari kini Naib Presiden Amanah

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dilantik sebagai Naib Presiden Amanah yang baharu bagi mengisi kekosongan yang sebelum ini disandang oleh Datuk Husam Musa.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, pelantikan Adly selaras dengan aspirasi parti itu untuk menampilkan lebih ramai pemimpin pelapis bagi menerajui kepimpinan Amanah dan negara pada masa hadapan.

Menurut beliau, jawatan Bendahari Agung yang sebelum ini disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil itu akan diisi oleh Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim.

“Kami yakin pelantikan ini akan mengukuhkan lagi imej Amanah sebagai parti yang membawa mesej rahmatan lil alamin dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Husam meletak jawatan pada September tahun lalu bagi memberi tumpuan kepada usaha memenangkan kerusi untuk Amanah di Kelantan.

Adly yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka pernah dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada 11 Mei 2018 sehingga 2 Mac 2020 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN