97 dipindahkan akibat banjir tiga kampung di Sungai Siput - Utusan Malaysia

97 dipindahkan akibat banjir tiga kampung di Sungai Siput

KEADAAN banjir yang melanda tiga kampung di Sungai Siput hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Seramai 97 orang daripada 29 keluarga di kawasan Lintang di sini terpaksa ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat awal pagi tadi.

Ia melibatkan 61 orang daripada 10 keluarga di Kampung Tok Sirat, Lasah yang ditempatkan di PPS Dewan Tok Sirat, 21 orang daripada lima keluarga di Kampung Lintang yang ditempatkan di PPS Dewan Lintang serta 15 orang daripada lima keluarga di Kampung Chior, Lasah, yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lasah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.06 malam tadi mengenai kejadian tersebut dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dibantu BBP Meru Raya, Ipoh, bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati rumah mereka dinaiki air pada paras hampir satu meter dan usaha dilakukan memindah semua mangsa yang terlibat menggunakan utiliti pasukan serta bantuan penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, operasi pasukan itu menyelamatkan 21 orang yang terperangkap di rumah masing-masing dengan 10 mangsa diselamatkan menggunakan bot.

Jelasnya, semua mangsa ditempatkan di tiga PPS tersebut kira-kira pukul 1 pagi.

Beliau memberitahu, hujan sudah mulai berhenti pada pagi ini dengan paras air mulai surut dan operasi berkala sedang dilakukan di kawasan terlibat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya