8 usahawan serai raih hasil jualan RM164,000 semusim - Utusan Malaysia

8 usahawan serai raih hasil jualan RM164,000 semusim

MOHD. Hassan Aziz menimbang berat serai yang dituai di Kampung Charuk Bakong, Kampung Dalam Wang, Baling. - UTUSAN/NORLIA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seramai lapan peserta tanaman serai menerusi Program Rakan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang melibatkan kawasan seluas 7.7 hektar di empat kampung di sini mampu meraih pendapatan RM164,000 semusim.

Ketua projek tanaman serai itu, Mohd. Hassan Aziz, 48, berkata, peserta terlibat telah mengusahakan tanaman serai sejak Oktober lalu kini meraih pendapatan lumayan selepas mula dituai sejak Julai lalu.

Menurutnya, empat kampung tersebut melibatkan Kampung Charuk Bakung seluas 3.44 hektar, Kampung Baru seluas 1.72 hektar, Kampung Seberang (0.86 hektar) dan Kampung Weng Dalam (1.72 hektar).

“Peserta tanaman serai itu menjual hasil yang dituai kepada peraih dengan harga RM1.90 hingga RM2.50 sekilogram.

“Malah, tanaman serai sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran,” katanya ketika ditemui ditemui di ladang serainya di Kampung Charuk Bakong di sini semalam.

Menurutnya, dia bermula dengan mengusahakan tanaman serai di tanah terbiar seluas tiga relong dengan modal sebanyak RM500 sahaja.

“Pada peringkat awal saya usahakan tanaman serai sebagai pendapatan sampingan, sekarang ia menjadi pendapatan utama dengan mengusahakan tanaman tersebut di kawasaan seluas 11 relong,” ujarnya.

Tambahnya, dia dan peserta projek tersebut merancang untuk meluaskan lagi kawasan tanaman serai selepas ini.

Selain itu, katanya, beberapa penduduk juga menyatakan minat untuk mengusahakan tanaman serai selepas melihat kejayaan lapan peserta projek tersebut sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×