3,150 banduan di Terengganu terima vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

3,150 banduan di Terengganu terima vaksin Covid-19

KASEMANI Embong (kiri) menyuntik vaksin Covid-19 kepada seorang penghuni Penjara Marang di Marang hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seramai 3,150 banduan di dua penjara di negeri ini terlibat dalam program vaksinasi Covid-19 yang bermula hari ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, 2,600 orang merupakan banduan Penjara Marang manakala 550 lagi di Pusat Koreksional Dungun.

Bagaimanapun, katanya, seramai 300 penghuni Penjara Marang dikecualikan daripada program berkenaan atas faktor kesihatan.

“Walaupun berada di sebalik tembok besi, tidak bermakna mereka terhindar daripada virus Covid-19, jadi kita berusaha menyegerakan vaksinasi untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok di kawasan penjara.

“Bagi kumpulan yang belum divaksin pula, suntikan akan diberikan selepas kesihatan mereka kembali pulih,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses vaksinasi Penjara Marang di sini hari ini.

Kasemani berkata, hingga kini sebanyak 364 kes positif Covid-19 direkodkan di Penjara Marang antaranya berpunca akibat pergerakan penghuni dan kakitangan.

Dalam perkembangan sama, katanya, Jabatan Kesihatan negeri akan menerima sejumlah 9,000 dos vaksin CanSino secara berperingkat sehingga akhir bulan ini bagi pelaksanaan program vaksinasi banduan, Orang Asli dan gelandangan di Terengganu.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya