311 kematian; 977 kes ICU - Utusan Malaysia

311 kematian; 977 kes ICU

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 18,547 kes berbanding semalam, 17,352 kes sekali gus terus diatasi kes sembuh iaitu 18,902 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 311 kematian dicatatkan dengan 977 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 447 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 252,002 kes aktif.

Katanya, Sarawak pula menjadi penyumbang terbesar dengan mencatatkan 3,200 kes diikuti Selangor (2,407), Johor (2,174), Sabah (2,107), Pulau Pinang (1,776), Kedah (1,487), Kelantan (1,458) dan Perak (1,197).

“Lima negeri mencatatkan tiga kes angka Pahang (742), Terengganu (645), Kuala Lumpur (631), Melaka (448) dan Negeri Sembilan (229).

“Putrajaya pula mencatatkan 22 kes diikuti Perlis, 20 kes manakala Labuan hanya empat kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN