30 Orangutan negatif saringan Covid-19 - Utusan Malaysia

30 Orangutan negatif saringan Covid-19

Ujian saringan Covid-19 yang dilakukan terhadap Orangutan di pusat pemuliharaan Orangutan di Sabah.-IHSAN JHL Sabah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sebanyak 30 Orangutan disahkan negatif Covid-19 menerusi ujian saringan yang dijalankan di dua pusat pemuliharaan Orangutan di Sabah, baru-baru ini. 

Ujian saringan itu dijalankan berikutan terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan penjaga dan kakitangan di Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok, Sandakan dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan. 

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, biarpun keputusan ujian Covid-19 Orangutan ini negatif namun, beliau telah mengarahkan pasukan veterinar untuk terus memantau keadaan semua Orangutan dengan teliti. 

AUGUSTINE TUUGA

“Sekiranya ada sebarang gejala dalam kalangan Orangutan, ujian saringan secara berjadual akan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Menurutnya, ini kali pertama ujian RTK-Antigen Covid-19 membabitkan Orangutan dilakukan di Malaysia.

Augustine berkata, saringan itu dijalankan sepasukan veterinar yang diketuai oleh Dr. Rosa Sipangkui, Dr. Nabila Sarkawi dengan dibantu oleh Dr. Mischellena Samanthan serta Dr. Uma Maheswary Kalamanathan.

Sementara itu,  Penolong Pengarah dan Doktor Veterinar JHL Sabah,  Dr. Sen Nathan berkata, saringan ini dilakukan berikutan peningkatan jumlah kes harian Covid-19 di Sabah yang melonjak naik sejak beberapa bulan kebelakangan ini. 

SEN NATHAN

Katanya, apabila ada jangkitan dalam kalangan kakitangan pusat pemuliharaan Orangutan, penutupan menyeluruh dilakukan bagi membolehkan ujian Covid-19 terhadap semua Orang Utan dibuat. 

Ujian saringan ini penting bagi mengatasi penularan wabak Covid-19 dalam kalangan Orangutan yang ditempatkan di pusat pemuliharaan Orangutan di Sabah.

Persatuan Orangutan Appeal United Kingdom (OAUK) turut menyediakan kit ujian RTK Antigen Covid-19, oksimeter nadi dan ubat pecegahan untuk Orangutan dan kakitangan pusat pemuliharaan Orangutan.- UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN