2,200 kes BID tidak dapat bantuan perubatan - Utusan Malaysia

2,200 kes BID tidak dapat bantuan perubatan

Kerajaan akan mengurangkan kes BID dengan mempertingkatkan jumlah pemantauan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) serta fasiliti awam dan swasta lain. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Sebanyak 86 peratus atau 2,200 kes kematian di luar hospital (BID) yang dilaporkan sehingga Ogos lalu didapati tidak memperoleh bantuan perubatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah itu adalah daripada keseluruhan 2,417 kes BID yang dilaporkan bagi tempoh sama.

“Hanya 217 atau 14 peratus kes BID yang berada di bawah jagaan Kementerian Kesihatan dan pengamal perubatan swasta,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Khairy berkata, untuk itu, kementeriannya akan berusaha mengurangkan kes BID dengan mempertingkatkan jumlah pemantauan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) serta fasiliti awam dan swasta lain.

Dalam pada itu, Khairy berkata, kematian membabitkan individu lengkap menerima vaksin Covid-19 adalah 0.009 peratus daripada keseluruhan populasi yang divaksinasi.

Katanya, majoriti kes terbabit didapati mempunyai sejarah komorbid dan berusia 60 tahun ke atas yang menjadi penyumbang kepada faktor kematian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN