Warga asing juga perlu disuntik vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Warga asing juga perlu disuntik vaksin Covid-19

SHARIFA EZAT WAN PUTEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat diminta tidak mempersoalkan pemberian vaksin Covid-19 kepada warga asing menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berjalan ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (​UKM), Prof Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, langkah itu satu keperluan terutamanya bagi yang bekerja di kilang-kilang.

“Pemberian vaksin kepada warga asing bukan bermakna kerajaan lepas tangan terhadap warga tempatan yang belum mendapatkan tarikh vaksinasi.

“Kita kena faham industri kilang antara sektor yang banyak menyumbang peningkatan kes harian Covid-19, oleh itu ia perlu diberi perhatian oleh PICK,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, menurut beliau, kerajaan perlu mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat terutama di pedalaman dan orang kurang upaya yang didakwa masih ramai belum mendapatkan tarikh janji temu vaksinasi.

“Saranan pemberian vaksin dari rumah ke rumah sangat baik tetapi petugas kesihatan berdepan pelbagai kekangan selain kos yang tinggi,” ujarnya.

VICTOR HOE CHEE WAI ABDULLAH

Dalam pada itu, Pakar Perubatan Ke­sihatan Awam Universiti Malaya (UM), Prof Dr. Victor Hoe Chee Wai Abdullah berkata, jika kerajaan memilih golongan mana yang perlu divaksin terlebih dahulu, tindakan itu akan menyukarkan negara mencapai imuniti kelompok.

Justeru, katanya, mereka yang belum menerima tarikh vaksin boleh walk-in ke pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) yang disediakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya