Video lelaki bogel tunggang motosikal tular babitkan lelaki sakit mental - Utusan Malaysia

Video lelaki bogel tunggang motosikal tular babitkan lelaki sakit mental

TANGKAP layar video seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan berbogel yang didakwa berlaku di Jalan Muthu Palaniappan, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang tular di dalam media sosial sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Video seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel yang tular dalam media sosial dan didakwa berlaku di Jalan Muthu Palaniappan di sini didapati melibatkan individu yang mempunyai masalah mental.

Malah, individu terbabit juga dikatakan sering bercakap sendirian dan telah dirujuk ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini bagi tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi video berkenaan bagi menjaga sensitiviti keluarganya.

“Siasatan polis mendapati individu tersebut mempunyai masalah mental sejak kebelakangan ini dan dia dikatakan sering dilihat bercakap sendirian.

“Ekoran kejadian itu, dia telah dirujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, video seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan berbogel yang didakwa di Jalan Muthu Palaniappan, Bukit Mertajam di sini tular dalam media sosial sejak semalam.

Video berdurasi selama 29 saat itu yang dirakam seorang penunggang motosikal dikongsi di kumpulan aplikasi WhatsApp.

Video itu memaparkan seorang lelaki warga tempatan menunggang sebuah motosikal di atas jalan raya tanpa mengenakan topi keledar.

Bagaimanapun waktu dan hari kejadian tersebut tidak dapat dipastikan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN