Dr. Roziah Mohd. Janor Naib Canselor wanita pertama UiTM - Utusan Malaysia

Dr. Roziah Mohd. Janor Naib Canselor wanita pertama UiTM

ROZIAH MOHD. JANOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima Naib Canselor wanita pertama iaitu Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor yang akan berkuat kuasa mulai Isnin ini menggantikan Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim.

Roziah sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) memangku jawatan nombor satu institusi itu sejak Mohd. Azrai tamat tempoh perkhidmatannya pada 10 Mac lalu.

Pelantikan beliau dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad melalui sepucuk surat bertarikh 2 Ogos lalu selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 20 (1) Akta UiTM bagi tempoh berkuat kuasa mulai 9 Ogos 2021 sehingga 11 Oktober 2023.

Noraini melalui surat itu mengucapkan tahniah kepada Roziah dan yakin beliau mampu membawa UiTM kemajuan dan organisasi yang lebih cemerlang.

Terdahulu, Noraini yang merupakan Ketua Wanita UMNO meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi susulan ketetapan UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Naib Canselor UiTM sebelum ini disandang Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim bermula 15 Februari 2019 yang menggantikan Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said.

Mohd. Azraai menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 10 Mac lalu. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya