Tawaran Muhyiddin bukan satu ‘umpan’ - Utusan Malaysia

Tawaran Muhyiddin bukan satu ‘umpan’

KARTINI ABOO TALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tawaran yang dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah jalan terbaik untuk memastikan usaha memulihkan negara dari krisis kesihatan boleh dilaksana seperti yang dirancang agar ekonomi negara boleh segera bangkit dan pulih.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Kartini Aboo Talib berkata, bagaimanapun, ramai menyifatkan ia sebagai umpan untuk mengurangkan ketegangan perebutan kuasa dan ada yang melihat sebagai alasan menafikan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi memperoleh majoriti.

Menurut beliau, tawaran itu bukanlah bentuk rasuah kerana rasuah dari segi harfiahnya ialah perbuatan memberi sesuatu dalam bentuk pelbagai (tunai, hadiah, tanah, rumah, kemudahan) secara rahsia untuk berbuat sesuatu yang tidak beretika.

“Sebaliknya tawaran ini dilakukan secara terbuka, dan jelas akan matlamat akhir yang ingin dicapai.

“Saya kira, barisan pembangkang harus berfikir dan bertindak bijak serta tidak perlu terikut-ikut dengan percaturan beberapa pemimpin UMNO yang dilihat tidak lagi berupaya membawa wadah perjuangan rakyat.

“Mereka telah lupa rakyat. Kemelut perebutan kuasa ini sebenarnya adalah suatu penghinaan kepada rakyat yang telah memberikan mandat menerusi undi kepada wakil rakyat ini,” katanya di sini semalam.

Kartini berkata, apabila Pakatan Harapan (PH) menolak tawaran Muhyiddin, secara tak langsung mesej yang dihantar ialah selain PN dan mereka yang membentuk kerajaan pada hari ini adalah ahli-ahli Parlimen yang tidak meletakkan keselamatan dan kepentingan rakyat.

Katanya, rakyat harus bangkit berkempen bila tiba masanya untuk menolak ahli-ahli Parlimen yang berebut kuasa dan tidak mendukung usaha kerajaan memulihkan negara dan rakyat,” katanya.

Dalam perutusannya petang semalam, Muhyiddin menyatakan tujuh tawaran kepada ahli Parlimen pembangkang bagi meraih sokongan supaya kerajaan PN kekal berfungsi.

Tujuh tawaran itu adalah  rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan kerajaan  sekiranya usul undi percaya diluluskan pada sidang Parlimen akan datang.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya