Seluruh Kabinet telah letak jawatan - Utusan Malaysia

Seluruh Kabinet telah letak jawatan

TANGKAP layar Instastory milik Khairy Jamaluddin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah mengesahkan peletakan jawatan seluruh Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menerusi laman Instagram, Khairy berkata peletakkan jawatan itu telah pun diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah.

“Seluruh Kabinet telah pun menyembah maklum peletakkan jawatan  kepada Agong.

“Terima kasih kerana beri peluang untuk saya, sekali lagi berkhidmat untuk negara. Semoga Tuhan berkati Malaysia,” katanya.

Sementara itu, kenderaan bersama polis pengiring membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  tiba di Istana Negara pada pukul 12.20 tengah hari tadi.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun selesai menghadap Yang di-Dipertuan Agong dan meninggalkan pekarangan Istana Negara pada pukul 11.45 pagi.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.