Penduduk jaga jalan masuk kampung elak penyebaran Covid-19 - Utusan Malaysia

Penduduk jaga jalan masuk kampung elak penyebaran Covid-19

PENDUDUK Kampung Sungai Melayu mengawal laluan masuk ke kampung mereka berikutan terdapat penduduk yang positif Covid-19 di Gelang Patah, Iskandar Puteri di Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Laluan masuk ke Kampung Sungai Melayu di Gelang Patah, di sini dikawal oleh Ahli Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) berikutan terdapat 10 penduduk positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar, Pandak Ahmad berkata, laluan masuk ke kampung terpaksa dikawal ketat bagi mengelak orang luar masuk ke situ tanpa tujuan penting.

“Hanya mereka yang mempunyai urusan penting sahaja dibenarkan masuk kecuali penduduk kampung.

“Setakat ini, 10 orang penduduk telah dijangkiti Covid-19 dan telah dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) Hospital Permai,” katanya ketika ditemui semasa meninjau keadaan laluan masuk di ladang kelapa sawit Kampung Sungai Melayu, semalam.

Menurutnya, kawalan tersebut dilakukan selama 24 jam sejak 3 Ogos lalu dan telah mendapat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pandak berkata, sehingga kini, Kampung Sungai Melayu telah diletakkan dalam zon merah dan berharap penduduk kampung menjaga prosedur operasi standard (SOP) ketika berurusan dan patuhi langkah-langkah keselamatan bagi mengawal penularan Covid-19.

Sekiranya keadaan bertambah pulih dan bebas dari zon merah, laluan masuk akan dibuka semula kepada orang ramai.

Kampung Sungai Melayu terkenal dengan Eco Tourism Village mempunyai 194 buah rumah dengan 800 penduduk yang kebanyakan bekerja sebagai nelayan dan pengusaha restoran makanan laut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN