Pemerdagangan manusia: Pelawak ditahan di Kuala Pilah - Utusan Malaysia

Pemerdagangan manusia: Pelawak ditahan di Kuala Pilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang pelawak ditahan di sebuah hotel di daerah ini kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata,  lelaki berusia 40-an berkenaan ditahan dalam serbuan Op Pintas yang dilakukan pada pukul 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah selepas hasil risikan dan maklumat pihak polis.

Menurutnya, dalam serbuan yang sama juga, polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

“Polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah telefon bimbit dalam serbuan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata, suspek kini telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama empat hari .

Menurutnya, suspek juga telah dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

“Mangsa yang diselamatkan telah mendapat perintah perlindungan sementara dan kini ditempatkan di sebuah Rumah Perlindungan di Johor.

“Siasatan lanjut kes ini akan diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang ini,” katanya.

Jelasnya, tangkapan berkenaan merupakan tangkapan kedua bagi kes pemerdangan manusia di daerah tersebut. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya