Pejuang tolak tawaran Muhyiddin - Utusan Malaysia

Pejuang tolak tawaran Muhyiddin

Calon PRN Johor yang akan diperkenalkan nanti mestilah calon bersih, cekap dan amanah. - Mukhriz Mahathir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memutuskan akan terus kekal berprinsip dan dengan tegas menolak tawaran yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tawaran ini ibarat rasuah jawatan demi mendapatkan sokongan yang hanya menguntungkan diri beliau sendiri.

Jelas beliau, sudah terang lagi bersuluh, ini usaha terdesak Muhyiddin bagi mengekal kuasa dengan cara yang cukup tidak bermaruah.

“Beliau tidak berhak membuat tawaran seperti itu kalaupun mempunyai keabsahan sebagai Perdana Menteri, apatah lagi setelah hilang sokongan majoriti.

“Muhyiddin sepatutnya menghormati Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan meletakkan Jawatan sebagai Perdana Menteri, ” katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menawarkan tujuh cadangan rentas parti sebagai meluluskan usul undi percaya pada sidang Parlimen akan datang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN