Menteri, Timbalan Menteri daripada Sabah akur kehendak perlembagaan - Utusan Malaysia

Menteri, Timbalan Menteri daripada Sabah akur kehendak perlembagaan

ARTHUR JOSEPH KURUP dan MAXIMUS J. ONGKILI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tempoh 17 bulan mungkin satu tempoh yang singkat bagi pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Namun, sepanjang tempoh itu segala cabaran yang luar biasa tetap diharungi untuk kekal berkhidmat kepada rakyat.

Dalam ucapan terakhir sebagai jemaah Kabinet PN, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup menerusi laman Facebooknya menyatakan beliau cukup berbangga dapat berkhidmat ketika keadaan dunia sangat mencabar.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ini berkata, walaupun berdepan dengan pelbagai halangan, beliau telah usahakan yang terbaik untuk merancang dasar-dasar ekonomi negara.

“Sebagai wakil dari Sabah, sudah pasti saya berasa bangga dengan prestasi serta pencapaian ini walaupun bertugas dalam tempoh masa yang singkat.

“Antara usaha yang dilaksanakan adalah penambahan menara telekomunikasi baharu, menaik taraf rangkaian komunikasi dan internet, membina beberapa projek jalan raya yang menghubungkan kawasan pedalaman Sabah serta menaik taraf infrastruktur kampung untuk keselesaan dan kemudahan rakyat,” katanya.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Unit Perancang Ekonomi (UPE) serta agensi di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang selama ini memberi sepenuh komitmen dan kerjasama sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri.

Jelasnya, tugas dan usaha akan berterusan dalam apa juga kapasiti demi menjunjung amanah yang rakyat berikan.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua, maaf atas segala kesilapan dan kelemahan,” katanya.

Sementara itu, Menteri di JPM (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menerusi kenyataan ringkas dalam kumpulan bilik media Parti Bersatu Sabah (PBS) menyatakan beliau akur dengan Perlembagaan dan berterima kasih kepada semua.

Maximus adalah Presiden PBS yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya