ARAU: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menjadi pertaruhan utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menangani isu kesihatan dan ekonomi ketika ini. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Rusdi Omar percaya Mustapa dan Khairy boleh laksanakan tugas mereka dengan cemerlang bersandarkan pencapaian mereka sebelum ini. “Mereka ini dilihat kuat bekerja…










