Kibar bendera , kehabisan makanan - Utusan Malaysia

Kibar bendera , kehabisan makanan

KETUA sebuah keluarga mengibarkan bendera putih untuk mengharapkan bantuan setelah kehabisan makanan sejak menjalani kuarantin di rumah seminggu lalu di Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Sebuah keluarga yang menjalani kuarantin Covid-19 di rumah sejak seminggu lalu di Kampung Esso, Batak Rabit di sini mengibarkan bendera putih untuk mengharapkan bantuan setelah kehabisan bekalan makanan.

Keluarga itu merupakan antara empat buah keluarga yang menjalani kuarantin di rumah di kampung berkenaan setelah berlaku jangkitan Covid-19 dalam kalangan penduduk.

Ketua keluarga itu yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka terputus bekalan makanan setelah tujuh hari menjalani kuarantin di rumah.

Katanya, barang keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lainnya sudah habis.

“Sebelum ini, ada juga adik beradik dan saudara mara dari luar datang memberikan bantuan, tapi, lama-lama mereka takut nak datang  ke kawasan ini disebabkan kes Covid-19.

“Saya tak dapat bekerja disebabkan menjalani kuarantin sehingga terputus bekalan makanan, namun, tiada pihak yang tampil membantu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Menurutnya, dia juga tidak berani untuk keluar membeli barang keperluan harian kerana memakai gelang pengawasan kuarantin berwarna merah jambu.

“Sudah tujuh hari saya dan ahli keluarga menjalani kuarantin, tak nampak siapa pun yang membantu. Orang luar pun takut nak datang ke sini,” katanya.

Menurutnya, dia kecewa dengan keadaan itu apatah lagi mereka sekeluarga memerlukan bantuan makanan ketika ini.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN