Kediaman Muhyiddin, Publika jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Kediaman Muhyiddin, Publika jadi tumpuan

MOHD. Redzuan Md. Yusof hadir mesyuarat MPT di Publika, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini dan Publika di Jalan Dutamas menjadi tumpuan susulan spekulasi mengenai perubahan tampuk pemerintahan negara ketika ini.

Pagi ini, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Publika yang dihadiri beberapa pemimpin tertinggi parti.

Antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN