PASIR PUTEH: Pesara tentera dari Kampung Kelubi di sini menunaikan nazar dengan membotakkan kepalanya malam semalam sebaik sahaja Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipilih sebagai Perdana Menteri kesembilan. Bercakap kepada Mingguan Malaysia semalam, Mohd. Solahuddin Ahmad, 48, berkata, selepas menonton berita di televisyen, dia segera mengambil mesin pencukur rambut dan membotakkan sendiri kepalanya Katanya, sebagai rakyat Malaysia yang `lemas’ melihat kemelut politik berpanjangan, dia berasa lega dan…