Ahli Parlimen UMNO perlu tarik sokongan terhadap PN, Muhyiddin - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen UMNO perlu tarik sokongan terhadap PN, Muhyiddin

ZOLKAFLY HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Parlimen UMNO perlu melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi (MT) dengan menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dengan serta merta.

Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Zolkafly Harun berkata, ini bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada parti.

Menurutnya, keputusan yang dibuat oleh ahli MT UMNO hari ini merupakan keputusan tanpa nafsi atau kepentingan diri dan ia bertunjangkan keluhan rakyat dan ahli akar umbi.

Beliau berkata, UMNO Perak memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah membuka pintu hati ahli-ahli MT UMNO dalam membuat keputusan yang tegas dan penuh kesepakatan.

“Presiden UMNO dan ahli MT telah membuktikan UMNO merupakan sebuah parti yang amat menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara dan mendaulatkan institusi Raja-raja Melayu selari dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

“Ahli-ahli Parlimen UMNO perlu melaksanakan keputusan MT UMNO dengan menarik semula sokongan terhadap kerajaan PN dan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta merta.

“Inilah masanya ahli UMNO membuktikan taat setia kepada parti,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, UMNO Perak juga merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah kerana menjunjung tinggi keputusan yang dibuat oleh ahli MT UMNO apabila meletakan jawatan di dalam jemaah menteri.

“Percayalah parti ini merupakan parti akar umbi, patah sayap bertongkat paruh jua. UMNO akan terus berjuang membawa suara rakyat tanpa noktah,” katanya.

Hari ini, UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO yang berlangsung selama maya hari ini.

Katanya, MT UMNO sepakat menarik sokongan kepada PN dan Muhyiddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya