500,000 peniaga kecil selesai divaksin Oktober - Utusan Malaysia

500,000 peniaga kecil selesai divaksin Oktober

ZURAIDA menyantuni penerima vaksin semasa melawat Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Jubli Perak Panji, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 500,000 peniaga kecil di seluruh negara dijangka selesai divaksin menjelang Oktober depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu sebagai persediaan membuka kembali sektor ekonomi secepat mungkin.

“Bagi mencapai sasaran ini, pihak kementerian mewujudkan Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) sejak awal Ogos bagi membantu orang ramai mendapatkan suntikan vaksin termasuk memudahkan pergerakan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Setakat ini, sudah lebih 8,000 peniaga menerima vaksin melalui program itu dan kita harapkan lebih ramai lagi akan mendapatkan vaksinasi selepas ini,“ katanya kepada pemberita selepas melawat ke PPV Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Zuraida dalam pada itu berkata, peniaga kecil yang belum menerima janji temu vaksinasi di aplikasi MySejahtera, mereka boleh berdaftar dengan pihak PBT atau hadir ke MOVAK bagi membantu mencapai sasaran kadar vaksinasi.

Tambah beliau, peniaga kecil yang terjejas akibat pandemik Covid-19 juga mendapat bantuan daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang memberi kelonggaran dari segi lesen dan sewaan.

Berhubung proses sanitasi, kata beliau, buat masa ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) masih menjalankan proses sanitasi di kawasan terbuka dan premis-premis awam dalam usaha mengekang wabak Covid-19.

“Buat masa ini sebanyak 37,224 operasi sanitasi dijalankan di seluruh negara dengan membabitkan 24,000 premis,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya