230 terima sumbangan Malaysia Airports di Kota Bharu - Utusan Malaysia

230 terima sumbangan Malaysia Airports di Kota Bharu

GOLONGAN OKU di sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan turut menerima sumbangan #MYAirportCARES daripada Malaysia Airports, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak tiga orang kurang upaya (OKU) adalah antara 230 penerima sumbangan #MYAirportCARES berupa pek barangan keperluan asas untuk komuniti Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, baru-baru ini.

Kesemua penerima yang terdiri daripada kumpulan B40 merupakan pekerja pembersihan lapangan terbang, bekas pekerja, pemandu teksi, penduduk sekitar dan golongan OKU. 

Inisiatif tanggungjawab korporat Malaysia Airports dengan kerjasama  PERMAIxGDRN (Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia dan GLIC/GLC Disaster Response Network) itu bertujuan meringankan beban komuniti lapangan terbang di Kelantan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Pengerusi Malaysia Airports, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya amat memahami keadaan mereka terutama golongan B40 yang  terkesan ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

“Oleh yang demikian, selaras dengan matlamat utama organisasi dalam menjalin hubungan ceria, Malaysia Airports tampil untuk membantu meringankan beban mereka yang berada di sekitar lapangan terbang dengan pemberian pek keperluan asas.

“Peranan kami bukan sahaja sebagai pengendali lapangan terbang negara, malah juga organisasi yang peka dan bertanggungjawab terhadap  keadaan sekeliling,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dengan peruntukan kira-kira RM38,300 bagi penerima di Kota Bharu, setiap pek sumbangan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum, minyak masak, gula, susu, makanan kering dan pelitup muka. 

Sumbangan sama turut diberikan kepada komuniti B40 di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang; Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star; Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu; Lapangan Terbang Miri dan Padang Terbang Marudi sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya