PUTRAJAYA: Malaysia kembali mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 17,105 kes berbanding semalam, 15,764 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 12,297 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 195 kematian dicatatkan dengan 1,066 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 537 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 203,664 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,836 kes diikuti Kuala Lumpur (2,309), Johor (1,275), Kedah (1,036) dan Sabah (1,010)
“Lapan negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak (967), Kelantan (915), Negeri Sembilan (816), Pulau Pinang (798), Pahang (628), Melaka (508), Sarawak (494) dan Terengganu (429).
“Putrajaya pula mencatatkan kes dua angka iaitu 72 kes manakala Perlis (7) dan Labuan (5),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UUTSAN ONLINE










