KUALA TERENGGANU: Seramai 1,200 penduduk di Kampung Losong Haji Syafie dan Kampung Losong Wakaf Nyiur Kembar di sini diarahkan menjalani saringan bersasar Covid-19 selama dua hari, bermula hari ini.
Langkah itu susulan 50 kes positif Covid-19 yang dikesan di lokaliti berkenaan termasuk melibatkan Kluster Teluk Menara.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Losong Haji Syafie, Abdul Wahid Idris, 62, berkata, rata-rata penduduk memberikan kerjasama baik dengan hari ini seramai 500 selesai menjalani saringan berkenaan manakala baki 700 lagi bersambung esok.
“Difahamkan, penyebaran virus ini berpunca daripada aktiviti ziarah selepas Hari Raya Aidiladha lalu,” katanya ketika ditemui hari ini. -UTUSAN ONLINE