11 kit ujian kendiri Covid-19 diluluskan MDA - Utusan Malaysia

11 kit ujian kendiri Covid-19 diluluskan MDA

ADHAM Baba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sudah meluluskan 11 kit ujian kendiri Covid-19 setakat ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kesemua kit berkenaan telah melepasi ujian prestasi dan memenuhi keperluan-keperluan ditetapkan sebelum diberikan kelulusan bersyarat.

Beliau berkata, kit-kit ujian itu telah dibekalkan ke farmasi-farmasi komuniti dan fasiliti kesihatan untuk dibeli oleh orang ramai.

“Daripada 11 kit ujian itu, tujuh kit ujian menggunakan sampel saliva (air liur) dan empat lagi menggunakan sampel nasal swab (calitan hidung).

“Senarai penuh kit ujian yang sudah diluluskan boleh diperoleh menerusi laman web MDA,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Adham berkata, kit ujian kendiri Covid-19 adalah satu ujian saringan yang dapat mengesan status Covid-19 dengan mudah dan cepat selain ia boleh dilakukan semua individu tanpa mengira status sama ada bergejala atau tidak.

Beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan kit ujian itu untuk melaporkan keputusan ujian menerusi aplikasi MySejahtera.

“Ini akan membolehkan pemantauan dan tindakan sewajarnya dapat dilakukan oleh KKM,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN