Wajar tamat PKP negeri kes rendah Covid-19 - Utusan Malaysia

Wajar tamat PKP negeri kes rendah Covid-19

Perlis memberi amaran jangan `berani-berani' masuk Perlis menjelang Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar kesihatan berpendapat beberapa negeri yang mencatatkan jumlah penularan wabak Covid-19 rendah wajar dibebaskan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan.

Bercakap dengan Utusan Malaysia, Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, penamatan PKP di beberapa negeri itu akan memberi ruang untuk peningkatan ekonomi.

“Sekiranya jumlah kes di negeri-negeri itu sudah ternyata rendah maka ada baiknya untuk membenarkan rakyat negeri itu kembali menjalankan aktiviti harian seperti biasa dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Walaupun PKP ditamatkan, aktiviti rentas negeri termasuk bagi suami isteri tidak digalakkan diberi kebenaran untuk memastikan wabak tersebut kembali menular di negeri berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sehingga semalam, Perlis adalah negeri tunggal yang tidak mencatatkan sebarang kes penularan wabak Covid-19 manakala Terengganu hanya mencatatkan 21 kes.

Dengan nada sama, Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, rakyat telah bekerjasama menurunkan jumlah kes penularan Covid-19 dan wajar diberi ruang supaya dapat menjana pendapatan semula seperti biasa.

“Jika di beberapa negeri sudah berjaya menurunkan kes dengan mendadak maka sudah tentu kegiatan ekonomi harus diteruskan supaya mereka dapat bekerja atau berniaga semula seperti biasa untuk memulihkan keadaan kewangan rakyat yang sudah terjejas.

“Bagi aktiviti rentas negeri pula, mungkin boleh dibenarkan kepada mereka yang mempunyai kecemasan serta suami isteri tetapi hanya selepas mereka menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum pergi dan balik,” jelasnya.
Walaupun begitu beliau tidak menggalakan aktiviti rentas negeri dibenarkan dalam skala besar bagi membendung penularan wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN