Tiada menteri letak jawatan, masih sokong PM - Rina - Utusan Malaysia

Tiada menteri letak jawatan, masih sokong PM – Rina

RINA Mohd. Harun bergambar bersama penerima Bantuan Khas Taska ketika program PEMULIH di Bandar Baru Salak Tinggi hari ini. - UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: “Setakat ini, tidak ada peletakan jawatan mana-mana menteri. Alhamdulillah, semalam, kami bermesyuarat Kabinet macam biasa,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Rina berkata, semua menteri Kabinet memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun banyak desakan supaya beliau meletakkan jawatan, timbul.

“Semalam, mesyuarat Kabinet tiada siapa yang meletakkan jawatan. Saya fikir, daripada semua (yang hadir mesyuarat) memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri untuk meneruskan kerajaan, tidak kira daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) semua sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pemantauan dan penyampaian Inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di Taska Nur Qasih Ixora di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini hari ini.

Rina yang juga Ketua Wanita PN berkata, ketika ini, fokus diberikan dalam menyelesaikan masalah rakyat yang berdepan kesukaran berikutan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.

Beliau berkata, pihaknya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya fokus diberikan kepada kemaslahatan dan isu rakyat.

Menurutnya, sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, sejumlah RM530 bilion sudah disalurkan kerajaan untuk bantuan rakyat sehingga kini.

“Ini yang kita kena uar-uarkan kerana mungkin ada yang tidak tahu atau tidak menyedari bantuan itu sudah diberikan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya