“Terkejut… dua minggu ini cukup sugul bagi saya” -Minggu terakhir Awal Ashaari bersiaran di Melodi - Utusan Malaysia

“Terkejut… dua minggu ini cukup sugul bagi saya” -Minggu terakhir Awal Ashaari bersiaran di Melodi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari, memaklumkan terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai pengacara Melodi sementelah menerima notis penamatan kontrak dua minggu lalu.

Menurut Awal, dia memberitahu semalam adalah hari terakhir dia bersiaran bersama rancangan berkenaan selepas dua minggu diberikan kepadanya untuk menghabiskan dua episod terakhir.

Menerusi entri Instagram, akui dirinya terkejut dengan notis pemberhentian tersebut kerana sebelum ini jika ada berlaku pertukaran, pasti ada hint atau maklumat dalaman daripada pihak atasan.

“Dua minggu cukup sugul bagi saya. Semalam, 25 Julai merupakan hari terakhir bersama program Melodi. Petang semalam, merupakan rakaman saya yang terakhir bersama Janna, di rumah masing-masing.

“Terkejut, sebelum ini kalau pertukaran, kita akan boleh jangka. Ada hint, kiasan, maklumat dalaman serta selalunya cukup masa yang diberikan untuk transisi yang besar dalam kerjaya kami.

“Tentunya satu keputusan yang sukar diterima disaat anak seni rata-rata berdepan dengan kekangan tidak boleh bekerja. Khidmat saya curahkan sepanjang lapan tahun bergelar pengacara Melodi seolah terhenti begitu sahaja,” katanya di Instagram.

Tambahnya, Awal menyatakan proses pemberhentian itu berlaku sementelah pihak stesen mengambil keputusan untuk menggantikan pengacara sedia ada di bawah pengurusan Media Prima.

“Pihak stesen mengambil keputusan untuk menggantikan pengacara sedia ada dengan In-house talent yang bernaung di bawah pengurusan Media Prima bermula Ogos 2021, sebagai mana kami diberitahu.

“Dua minggu diberikan untuk kami menghabiskan dua episod terakhir sebelum Melodi memperkenalkan hos baharu mereka minggu ini,” coretnya.

Bagaimanapun, Awal sempat mengucapkan terima kasih dan memohon maaf jika ada salah silapnya sepanjang mengendalikan rancangan berkenaan. Dia turut berharap agar pengacara baharu yang bakal menggantikannya dan Janna Nick dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.