PETALING JAYA: Pemandu kenderaan dikecualikan daripada membayar parkir di tempat letak kereta di bahu jalan sekitar ibu kota mulai esok sehingga 31 Ogos.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, pelaksanaan tersebut dibuat bagi meringankan beban pengguna.
“Saya bersetuju mulai esok sehingga 31hb Ogos, semua tempat letak kereta bahu jalan (road side parking) dalam kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah percuma.
“Pengguna tidak perlu bayar apa apa dan diharap penjimatan itu dapat digunakan untuk membeli barang keperluan keluarga,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya hari ini – UTUSAN ONLINE










