Sokongan keluarga resipi kejayaan Mujahid - Utusan Malaysia

Sokongan keluarga resipi kejayaan Mujahid

MUJAHID Abdullah (tengah) bergambar bersama ibu bapanya di Pokok Sena Kedah.-UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Sokongan kuat keluarga sepanjang mengikuti kelas Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR) menjadi kunci kejayaan pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang (Kisas), Mujahid Abdullah,20,dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020.

Mujahid yang berasal dari Pokok Sena, Kedah berkata, adik-beradiknya banyak berkorban membantunya, dengan berkongsi data dan ‘hot spot’ mereka bagi membolehkannya mengikuti kelas PdPR.

“Kelas PdPR amat mencabar bagi saya kerana kampung saya terletak jauh di Pokok Sena. Kedudukan rumah pula di kawasan ladang getah.

“Keluarga saya banyak membantu saya mendapatkan liputan internet yang terbaik bagi memastikan kelas berjalan lancar tanpa gangguan,”katanya ketika dihubungi di rumahnya di Pokok Sena, Kedah.

Mujahid berkata, beliau mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.92 dan mendapat tiga A untuk subjek Ekonomi, Syariah, Bahasa Arab dan A- untuk subjek Pengajian Am.

Katanya yang merupakan anak ke tujuh daripada lapan adik-beradik, petua untuk berjaya adalah jangan mudah berputus asa dalam apa keadaan sekali pun.

“Semasa kelas boleh dijalankan secara bersemuka di sekolah, saya dan kawan-kawan banyak mengulang kaji pelajaran yang tidak difahami semasa PdPR.

“Pelajar-pelajar yang cemerlang akan membantu pelajar yang lemah untuk memahami sesuatu perkara sehingga mahir,” katanya.

Anak kepada pasangan, Abdullah Taib,52, dan Khoorefa Nutphuang,50, itu bercita-cita menjadi pensyarah ekonomi satu hari nanti. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya