PPV di UTHM mula operasi Khamis ini - Utusan Malaysia

PPV di UTHM mula operasi Khamis ini

DEWAN Sultan Ibrahim yang dijadikan PPV bermula Khamis ini di kampus Parit Raja UTHM di Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menjadi universiti awam pertama di Johor yang berfungsi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sultan Ibrahim (DSI) UTHM bermula Khamis ini.

Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Wahid Razzaly berkata, inisiatif itu bagi menyokong usaha keras kerajaan dalam memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam masa terdekat sekaligus mampu mencapai sasaran 80 peratus rakyat divaksin khususnya di daerah itu.

“Dianggarkan seramai 3,000 orang penerima akan menerima vaksin secara harian di PPV DSI UTHM ini bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari dalam seminggu. 

“Persiapan kini giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) dari pusat dan negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Johor dan Pejabat Daerah Batu Pahat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Wahid, PPV DSI UTHM juga akan dibantu oleh para petugas mengikut kategori dengan penglibatan daripada agensi keselamatan dibawah penyelarasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sukarelawan daripada Malaysia Vaccine Support Volunteer (MyVAC) dan Southern Volunteer yang terdiri daripada staf UTHM dan petugas kesihatan dari Health Care Organizations (HCO).

Katanya, mereka yang diberikan janji temu dinasihatkan sebaik-baiknya tidak hadir terlalu awal, sebaliknya tiba di PPV DSI UTHM itu kira-kira 30 minit sebelum waktu janji temu bagi mengelakkan kesesakan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya