PPV Benut mampu bantu 1,900 terima suntikan sehari - Utusan Malaysia

PPV Benut mampu bantu 1,900 terima suntikan sehari

HASNI Mohammad (dua kiri) menyantuni warga emas, Sadinah Karman yang menerima vaksin di PPV Benut bersama-sama Dr. Surinah Asan (kanan) di Dewan Serbaguna Benut, di Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Benut di daerah ini sejak semalam diyakini dapat membantu kepada proses pemberian vaksin kepada kira-kira 1,900 orang penerima setiap hari.

Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian, Dr. Surinah Asan berkata, PPV Benut yang beroperasi di Dewan Serbaguna Benut mampu memberikan suntikan kepada 400 penerima sehari daripada tiga mukim iaitu Benut, Sungai Pinggan dan Ayer Baloi.

“Bagi ketiga-tiga mukim itu, kita telah mengenal pasti kira-kira 14,000 orang telah mendaftar melalui MySejahtera yang merupakan sebahagian daripada 80,750 orang atau 62.5 peratus jumlah keseluruhan individu mendaftar bagi daerah Pontian.

“Maka diharapkan dengan pembukaan PPV terbaharu ini, mampu meningkatkan kadar pemberian vaksin kepada 1,900 penerima sehari di samping dua lagi PPV Awam, dua PPV Swasta dan PPV Bergerak Komuniti,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut melawat PPV tersebut bersama-sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Noh Ibrahim; Pegawai Daerah Pontian, Mohd. Raffi Abdullah dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Aman Rabu.

Pada lawatan itu, Hasni turut menyampaikan replika cek berjumlah RM20 juta kepada Noh bagi membiayai perbelanjaan operasi di semua PPV dan sekatan jalan raya (SJR) di negeri ini selain memberi sumbangan RM15,000 kepada Tabung Bencana Daerah Pontian melalui Pusat Khidmat ADUN Benut.

Tambah Dr. Surinah, PPV Benut yang diketuai oleh Dr. Suhaila Mohamad Baharoraji akan dioperasikan bersama seramai 42 petugas Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) dan Sukarelawan MyVac serta Southern Volunteers (SV).

Sementara itu, beliau berkata, seramai 23,000 penerima telah menerima suntikan vaksin masing-masing di Pontian menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat akhir bulan lalu.

 “Daripada jumlah itu, seramai 14,500 penerima atau 73 peratus daripada jumlah keseluruhan yang menerima vaksin adalah mereka dalam kalangan warga emas,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya