Peniaga jalanan kaut untung, burger Malaysia dijual RM1 sebiji - Utusan Malaysia

Peniaga jalanan kaut untung, burger Malaysia dijual RM1 sebiji

HARGA kuih-muih yang mahal antaranya beger Malaysia yang dijual RM1 mengundang rasa tidak puas hati pengguna dan menyifatkan peniaga cuba mengambil kesempatan ketika kesan pandemik Covid-19 masih belum reda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Peniaga kuih di gerai jalanan negeri ini termasuk di kawasan perumahan digesa tidak mengaut keuntungan berganda daripada hasil jualan mereka ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa gerai menjual kuih-muih di sekitar Bayan Lepas dan Sungai Ara di sini semalam mendapati harga makanan yang dijual seperti burger Malaysia atau pau sambal terlalu mahal.

Menerusi penelitian, ada dalam kalangan peniaga terbabit bertindak meletakan harga bagi sebiji burger Malaysia sehingga RM1 sebiji berbanding dijual hanya 50 sen ketika ini.

Seorang pelanggan, Siti Azila Mahmud, 55, berkata, dia terkejut dengan tindakan sebilangan sikap peniaga yang meletakkan harga tidak masuk akal bagi kuih-muih ketika semua rakyat terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menurutnya, peniaga seharusnya menyedari keadaan yang berlaku ketika ini dan tidak perlu mengambil kesempatan di sebalik pandemik yang tersebut.

“Kuih burger Malaysia yang dijual RM1 sebiji sudah sama harga dengan sebungkus nasi lemak ikan atau ikan bilis.

“Hendak kata saiznya besar dan berbaloi dengan harga pun tidak juga kerana kuih serupa dengan bentuk dan yang saiz sama kini dijual hanya 50 sen sebiji,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, peniaga kuih-muih di negeri ini tidak sepatutnya mengambil kesempatan ketika masih banyak gerai makanan itu belum dibuka ketika ini.

“Bukan peniaga sahaja yang terjejas akibat pandemik Covid-19, malah pengguna juga mengalami situasi yang sama ketika ini.

“CAP mendapati tiada berlaku kenaikan harga drastik bagi bahan mentah untuk membuat kuih seperti tepung dan gula kecuali minyak masak, jadi peniaga tidak sepatutnya menaikkan harga jualan makanan secara terlampau,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya