Pengusaha F&B gesa kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja - Utusan Malaysia

Pengusaha F&B gesa kerajaan benarkan ‘dine-in’, dua pelanggan satu meja

ZUHAIRI AB. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pertubuhan Perindustrian Makanan dan Minuman Negeri Pahang (PMNP) meminta kerajaan supaya membenarnya dine-in atau makan di restoran dan kedai-kedai termasuk restoran dalam hotel dengan mengehadkan dua pelanggan bagi setiap meja.

Pengerusi PMNP, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, langkah mengehadkan dua pelanggan itu pernah dilaksanakan sebelum ini dan tiada pula mencetuskan kluster kedai makan atau hotel di negeri ini.

“Tidak membenarkan dine-in menyebabkan banyak perniagaan yang akan tutup dan lebih ramai rakyat di negeri ini hilang pekerjaan dan pendapatan. 

“Jadi kerugiannya terlalu besar jika tidak dibenarkan dine-in, apa perasaan pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) yang marah dan kecewa sebab apabila kerajaan cakap total lockdown atau sekatan pergerakan penuh tak kira kilang ke, apa ke, itu baru adil.

“Namun kalau cakap dine-in itu tidak boleh, dua orang semeja tidak boleh, tetapi sektor kilang boleh, sektor pembinaan boleh, pasar raya boleh, pengangkutan awam boleh jalan. Ini tiada makna dan tidak masuk akal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Zuhairi turut mempertikai tindakan yang banyak menumpukan penguat kuasaan larangan operasi dine-in sebelum ini sedangkan sektor-sektor lain masih dibuka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Jelasnya, tindakan kerajaan yang stop and go secara berulang kepada industri F&B juga menjejaskan aliran tunai serta pekerja-pekerja.

Beliau dalam pada itu berkata, PMNP akan menyediakan perkhidmatan guaman kepada pengusaha kilang, premis atau kedai berhubung rantaian bekalan makanan yang pernah dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan.

“Kami telah menyediakan pasukan peguam yang berpengalaman untuk mengendalikan isu kompaun industri F&B ini,” katanya. 

Menurutnya, peniaga negeri itu yang dikompaun kerana melanggar SOP boleh menghubungi pihaknya di talian 0105331717 untuk pertanyaan lanjut dan bantuan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN