Pemimpin Barisan Nasional (BN) kunci mulut - Utusan Malaysia

Pemimpin Barisan Nasional (BN) kunci mulut

ARTHUR KURUP dan NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) memilih untuk tidak memberi sebarang ulasan apabila ditanya perkembangan politik semasa berhubung sokongan 40 ahli Parlimen BN kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin yang dihubungi enggan mengulas sebarang soalan berhubung isu tersebut.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Joseph Kurup juga memilih untuk mengunci mulut .

Bung Mokhtar merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Ahli Parlimen Kinabatangan manakala Kurup ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar juga enggan memberi komen mengenainya.

Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tentang sokongan 40 ahli Parlimen BN kepada kerajaan.

Keputusan itu dicapai selepas beliau mempengerusikan mesyuarat tergempar bersama ahli Parlimen berkenaan kelmarin.

Beliau berkata, perjumpaan itu turut sepakat menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN