KUALA LUMPUR: Atlet Taekwando, Pita Taufatofua, 37, sekali lagi mencuri perhatian dunia ketika berarak masuk membawa bendera Tonga ke tengah lapangan di Stadium Olimpik, Tokyo, semalam.
Mewakili negara itu, Pita yang muncul tanpa memakai baju dengan dilulur minyak pada tubuh sasanya, seperti sudah dijangka pengikut sukan dan peminatnya.
“Terasa bangga dan kecil diri ini. Saya tahu anda semua tidak dapat berada di sini menyaksikan secara langsung.
“Tapi semangat setiap daripada kamu sedarilah bahawa kami dapat rasakan. Saya benar-benar bersyukur untuk anda semua,” coretnya di Instagram (IG).
Menjengah ruangan komen, selain dibanjiri ucapan semangat buat Pita, majoriti pelayar IG terutama peminat memuji ketampanan dan tubuhnya.
Atlet kelahiran Australia itu mula dikenali ketika Majlis perasmian Sukan Olimpik 2016 di Rio dan membuat kemunculan sama di Pyeongchang. -UTUSAN ONLINE