Berita baik untuk pasangan jarak jauh, boleh rentas di negeri terlibat Fasa 2 - Utusan Malaysia

Berita baik untuk pasangan jarak jauh, boleh rentas di negeri terlibat Fasa 2

SUASANA bandar raya Kuala Lumpur yang lengang ekoran Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) bermula hari ini 3 Julai. -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengecualian khas bakal diberikan kepada pasangan jarak jauh hanya dalam kes kecemasan dan keperluan khas yang masih tertakluk dengan kelulusan pihak polis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka tetap tidak boleh merentas daerah atau negeri tanpa sebarang alasan kukuh seperti individu yang lain.

“Lima negeri yang akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Isnin ini tetap juga masih tidak dibolehkan lagi untuk pergerakan merentas daerah atau negeri,” tegasnya dalam sidang akhbar khas mengenai perkembangan semasa PPN dengan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, di sini hari ini.

Tiga negeri terbabit terletak di Wilayah Pantai Timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala dua lagi pula di Wilayah Utara Semenanjung iaitu Perak dan Perlis.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pengecualian pergerakan setakat ini hanya dibenarkan untuk kemudahan guru sekolah dan para pelajar kelas peperiksaan awam di seluruh negara.

“Saya sendiri ada terima rayuan melalui akaun media sosial daripada pasangan jarak jauh dan kerajaan bersetuju cuma kes tertentu seperti isteri bersalin atau keperluan bayi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kebenaran operasi firma guaman susulan sesi pembukaan mahkamah mulai Isnin ini yang memerlukan pelbagai urusan dokumentasi berbeza.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk firma guaman dibenarkan menjalankan aktiviti seperti biasa kerana melibatkan beberapa jabatan kerajaan dan prosiding mahkamah.

Ini ujar beliau, termasuk pendokumentasian banyak fail berbeza dari pejabat tanah, institusi perbankan dan aneka agensi lain yang memerlukan pihak peguam sendiri kena bergerak.

Selain itu, kerajaan memutuskan perbicaraan mahkamah jenayah termasuk di kawasan yang masih lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut dibenarkan.

Ia susulan permohonan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang memaklumkan jika kes-kes perbicaraan ditunda, ini akan menyebabkan kesesakan tahanan di lokap dan penjara.

– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya